‘Laporan liputan owner suaraburuhnews.com di Kuala Lumpur” Himpunan Melayu Berdaulat di pekarangan Sogo berlangsung aman

Oplus_131072

Laporan liputan owner suaraburuhnews.com di Kuala Lumpur

Himpunan Melayu Berdaulat di pekarangan Sogo berlangsung aman

Bacaan Lainnya

Kuala Lumpur –  Lebih 700 orang menyertai Himpunan Melayu Berdaulat di pekarangan pusat membeli-belah Sogo.

Acara anjuran Sekretariat Gabungan NGO Melayu Islam bermula sekitar 2.30 petang berlangsung aman dengan kebanyakan peserta mengenakan pakaian putih selari tema ditetapkan.

Antara yang hadir adalah pemimpin PAS iaitu Naib Presiden Idris Ahmad, Adun Gunung Semanggol Razman Zakaria dan Ketua Penerangan Pejuang Muhammad Rafique Rashid Ali serta beberapa tokoh NGO.

Beberapa perkara disentuh dalam perhimpuan selama lebih dua jam itu antaranya isu undang-undang, bangsa Melayu, agama dan isu semasa berkaitan.

Perhimpunan dikawal lebih 80 anggota IPK Kuala Lumpur tamat sekitar 4 petang tanpa sebarang insiden atau provokasi.

Presiden Perkasa, Syed Hassan Syed Ali, menyifatkan himpunan itu sebagai manifestasi kekecewaan orang Melayu terhadap pelbagai isu semasa yang membelenggu mereka sejak penubuhan kerajaan Madani.

Dakwanya, ia termasuk kebimbangan terhadap dominasi bukan Melayu dalam agensi kerajaan dan projek pembangunan yang dikatakan menindas hak pemilik tanah Melayu.

“Kami melihat isu-isu semasa sepanjang pentadbiran kerajaan Madani sejak 2022. Kami bimbang dengan hala tuju semasa negara, terutama melibatkan kepentingan Melayu dan Islam,” katanya ketika ditemui.

Syed Hassan turut menganggarkan kehadiran hampir 1,000 orang dalam himpunan berkenaan.

Ketua Polis Dang Wangi  Sulizmie Affendy Sulaiman pula berkata pihaknya menganggarkan kehadiran sekitar 700 hingga 800 orang.

Sementara itu, Razman berkata, himpunan tersebut adalah platform utama untuk meningkatkan kesedaran orang Melayu mengenai hak dan kepentingan mereka.

“Inilah yang kita kena terapkan kepada orang Melayu…kefahaman tentang politik serta daulat Melayu. Kita juga kena memahami tugas kita adalah untuk melantik pemimpin yang jujur yang boleh mempertahankan hak kita,” katanya.

Perhimpunan dikawal lebih 80 anggota IPK Kuala Lumpur tamat sekitar 4 petang tanpa sebarang insiden atau provokasi.

Sumber:
Free Malaysia Today

Foto: Sbnc doc Sabtu 24 Mei 2025.

Pos terkait

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *